Thursday, December 31, 2009

Cucu MokTok bertambah lagi

Alhamdulillah....29.12.2009 cucu MokTok bertambah lagi menjadikan seramai 18 orang...Wah,ramainya..Nur Aina Airis Bin Amri adalah anak sulung kepada CikYah dan CikAm..Tahniah diucapkan atas kehadiran puteri sulung dalam keluarga..3 tahun lebih menanti akhirnya dikurniakan puteri penyeri hidup..Nanti setelah dapatkan gambar Dafeena akan update lagi...

Wednesday, December 23, 2009

Kenduri Kawin kawan Mama

19.12.2009 Dafeena sekeluarga pergi kenduri kawin kawan mama (auntie t-za)di Rawang..Hujan terlalu lebat tapi Dafeena sekeluarga pergi juga..Masa kenduri Auntie T-za,mama jumpa ramai kawan mama dengan keluarga masing-masing..





Tuesday, December 22, 2009

Family Mamayaya...

Inilah keluarga mamayaya...Mamayaya yang pakai baju warna merah..Keluarga ini yang menjaga Dafeena bila mama dan papa pergi kerja...Abang Luqman pun ada gak...Sayang keluarga ini...Muuuaaahhhhhh....


Gambar ni mama copy dari Facebook mamayaya..jangan marah ha...

Saturday, December 19, 2009

Ikea..


Bergambar di Ikea..


Abang Hafiz dan Kak Ain..


Mana Dafeena??Dafeena dok kat umah dengan MokTok...MokTok tak bagi bawa Dafeena sebab MokTok pun tak nak pergi..Mama dan yang lain pergi shopping di Ikea..Sepupu lelaki Dafeena pula pergi Petrosains di KLCC..Abang Faris yang bawak...MokLong, PokLong dan KakLong pulak pergi kenduri kawin..Mama belikan bantal Ikea untuk Dafeena

Jalan-Jalan Di Alamanda

Semasa family dari Kelantan datang semua pergi window shopping di Alamanda..Pada awalnya semua mahu main bowling tapi ramai lak yang queue...malas lak nak tunggu..Semua sepakat pergi main game..Dafeena,Abg Hafiz Dan Kak Ain lak pergi main di Playground tapi selepas itu semua pergi main game...Dafeena pun ikut sekali tapi tak main sebab kecil lagi..


Dafeena naik kuda di tempat main game..




Dafeena di Playground

Holiday at Sunway Lagoon...Chapter 2..

Lagi gambar semasa holiday di Sunway Lagoon


Bersama Mama dan Papa


Mood baru sampai Sunway Lagoon...



Dengan PokSu Se



Semua seronok mandi..Masa ni Dafeena tengah tidur..Penat mandi dengan Mama

Thursday, December 17, 2009

Holiday at Sunway Lagoon..

Salam..wah, dah lama rasanya tak update blog sampai mamaSue da sound mama da...hehehe..mama buzy dan papa pun buzy..So,arini mama dan papa cuti awal muharam..Boleh ler update blog ni..

Tanggal 10.12.2009 MokTok,CikTie sekeluarga dan CikNie sekeluarga datang bercuti di Kuala Lumpur..Semua berkumpul di rumah MokLong sebab kalau datang rumah Dafeena gerenti xmuat..Hehehe..Maklumlah tempat terhad...

Pada 12.12.2009,semua sepakat untuk pergi picnic di Sunway Lagoon..Mama beli tiket awal dengan harga yang lebih murah..Mama beli tiket sunway murah dengan bantuan kawan kakak (anak mama)..Sampainya kami di Sunway Lagoon pada pukul 10.15pagi orang terlalu ramai..Terasa untung kerana tak payah beratur beli tiket..Dafeena pun mandi jugak dengan mama..Papa dan yang lain entah kemana..Dafeena mandi dengan mama dan ditemani MokTok..Pada mulanya Dafeena takut tapi lama-kelamaan Dafeena da syok main air sampai tertidur ler kat dalam pool tu...hehehe



Di Parking Sunway Lagoon..Semua ceria..Maklumler semua semangat nak bersuka ria di Sunway Lagoon..





Yang paling menyedihkan,gambar Dafeena mandi tak ada..Maklumla,semua entah kemana..Kamera pun tidak ada..xpe..nanti Dafeena ajak mama dan papa datang lagi...






Dafeena dah tak takut kena air..

Friday, December 4, 2009

Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha...Dafeena sekeluarga balik kampung di Kelantan..Pagi raya, papa sembahyang raya di rumah Che Yah..Selepas makan dan bersalaman, kami terus ke rumah Mok Tok..Tapi raya ni mama dan papa beraya berasingan sebab mama kena uruskan daging di rumah Mok Tok dan papa di rumah Che Yah..Selepas bersalaman dan makan, papa balik ke rumah Che Yah..

Raya kali ni tidak ada sesi bergambar..So, tak ader ler gambar raya..semua sibuk untuk uruskan daging lembu..Pada raya kedua,kat umah Mok Tok buat sembahyang hajat untuk Cik Yah,Cik Lah dan Cik Na..Sembahyang hajat selamat kerana sumer mengandung...

Friday, November 20, 2009

Dafeena dah boleh mengesot...

Dafeena dah pandai mengesot da...hoyee...sekarang mama dan papa penat skit ler sebab asyik kena kutip dafeena jer...ye ler,dafeena dah boleh pergi mana yang dafeena nak pergi..Mama selalu cakap,mama dah xpayah diet dah,jaga dafeena pun diet gak..huhuhu..nanti dafeena akan belajar merangkak pulak..dafeena dah pandai angkat bontot dah..Tak lama lagi dafeena akan merangkak pulak...


Dafeena sebelum melakukan penerokaan...





Dah standby untuk pergi lebih jauh...


Akhirnya dafeena dah pergi jauh sehingga mama kena angkat balik sebab takut nanti dafeena pergi main kasut-kasut mama..

Mama tinggalkan Dafeena

Mama terpaksa tinggalkan dafeena selama 3 hari 2 malam kerana mama pergi kursus di Melaka..Sepanjang mama kursus,dafeena berada di rumah mamayaya..Mama berat hati utk tinggalkan dafeena.Ini 1st time mama tinggalkan dafeena.Tapi nk buat cmn,mama terpaksa dan dafeena kena faham dengan kerja mama..Malm pertama di rumah mamayaya,dafeena bangun main kul 2am..hehehe...mybe dafeena tidak biasa tidur dengan orang lain..tapi malam kedua dafeena da ok da..hehe..thx utk family mamayaya coz menjaga dafeena sepanjang mama berkursus..


Dafeena semasa malam pertama.Ini gambar sebelum tidur...


Gambar ini diambil oleh mamayaya semasa petang..Agak tidak senonoh dafeena tidur..Mengantuk sebab pada malamnya dafeena bangun main kul 2am..hehehe


Ni pulak gambar malam kedua...

Semua gambar ini mamayaya kirim kat mama masa mama sedang berkursus di Melaka...

Tahniah Abg Alif dan Abg Danny...

Result peperiksaan UPSR telah diumumkan..Alhamdulillah,sepupu dafeena iaitu Abg Alif telah mendapat 5A manakala Abg Danny mendapat 3A 2B..Tahniah diucapkan dan tunggu hadiah dari dafeena sekeluarga bila dafeena blik kg nanti..

Monday, November 16, 2009

Wan Nor Suraya Anisah

Wan Nor Suraya Anisah adalah anak Ayoh Man dan Cik Ros.Dilahirkan pada 4 November 2009. Sepupu Dafeena dah bertambah menjadi 16 orang..Wah, ramainye sepupu Dafeena..So, Moktok dah bertambah cucu menjadi 17 orang..Dafeena blum leh upload gambar Suraya sebab dia kat kampung.Nanti Dafeena balik Dafeena tangkap gambar dengan Suraya..

Saturday, October 31, 2009

My 6th Birthmonth



29/10/09 - Genap ler umur Dafeena 6 bulan. Dafeena dapat hugs and kisses daripada my bery beloved mama & papa...mmuahss, sayang btui kat depa hehe.

Layan kan gambar2 Dafeena sambut besmonth kat umah member papa yang buat besday anak diae ;-)






Injection 6 month..

29/10/2009 genap umur Dafeena 6 bulan..Ader injection utk 6 bulan.Macam biasa,mama n papa akan bawa Dafeena untuk dapatkan injection di Damai Hospital.Dafeena akan jumpa dengan Doc Waty..Dafeena sekeluarga baru tahu,tarikh lahir Doc Waty sama dengan hari Dafeena lahir..Dafeena da Doc Waty berkongsi hari lahir yang sama..Untuk injection kali ni doktor cakap ubatnya 6 in 1..Wah,msti sakit Dafeena nanti..Dafeena xmenangis tapi menjerit..Mungkin Dafeena terperanjat sebab masa Doktor cucuk tu Dafeena tengah leka main..Disebabkan injection tu Dafeena demam..Huhuhu...So,Dafeena akan jumpa Doc Waty masa umur Dafeena setahun..

seronok main sebelum kena injection


Adoi...sakitnye...

Monday, October 26, 2009

Cik Ros masuk wad

Arini 27.10.2009 Cik Ros (Isteri Ayoh Man) terpaksa dimasukkan kedalam wad kerana Cik Ros mengandung songsang..Due date sebenar Cik Ros 9.11.2009.Doktor kena tahan Cik Ros kt spital sebab takut Cik Ros bersalin awal dari jangka.Kalau kat hospital ader nurse dan doktor yang boleh tegukkan. So,bagi Cik Ros selamat berehat dan selamat melahirkan cousin Dafeena..Insyaallah sumernya akan selamat..AMIN.

Sunday, October 18, 2009

Izma Safiyyah




Ini adalah Izma Safiyyah (anak auntie shima,kawan mama). Dafeena jumpa izma masa majlis akikah izma..Dafeena letak gambar Izma di blog Dafeena kerana kami dilahirkan tarikh yang sama (29.4.2009), di Damai Hospital Service, Taman Melawati. Doktor yang sambut Dafeena n Izma pun adalah doktor yang sama iaitu Doktor Asmah Yun. Yang membezakan Dafeena n Izma adalah Dafeena lahir lagi awal dari Izma iaitu kira-kira pukul 4.41 pagi manakala izma pada tengahari...Walaupun Dafeena lagi tua daripada Izma tapi Dafeena kecil..Hehehe...

Hawaii Gurl...


alamak..nampak panty..malunye...



Dafeena ngn baju ala-ala orang hawaii..Baju ni family mamayaya belikan maser diorang p holiday kt Langkawi..Dafeena pakai baju ni maser p open ouse raya umah sedara sebelah mama..Thanks mamayaya..

Sunday, October 11, 2009

Friday, October 9, 2009

Dafeena macam ustazah...Hahahaha



Gambar ni mamayaya cakap dafeena cam mama..Btul ke???



Ni gambar dafeena yang mamayaya ambik...Cam ustazah x???hehehe..Cute sangat...